Anthony Loke mohon maaf atas kekalahan di Chennah

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke/ Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 16 Ogos – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke memohon maaf kepada perwakilan parti atas kegagalan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, baru-baru ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mengakui usaha DAP meraih sokongan Melayu di kawasan itu masih belum berjaya.
  • Bertanding untuk membuktikan DAP boleh menang di kawasan majoriti Melayu tetapi misi itu gagal.
  • Sokongan pengundi Melayu hanya sekitar 20 atau 30 peratus, menurut kenyataannya.

Beliau mengakui usaha DAP untuk meraih sokongan lebih besar pengundi Melayu di kawasan berkenaan masih belum berjaya.

“Harapan yang paling besar saya dalam pilihan raya negeri ini bukannya untuk kemenangan peribadi saya. Saya bertanding di kawasan itu walaupun itu kerusi yang sukar dengan satu harapan untuk membuktikan bahawa DAP boleh mendapat sokongan daripada pengundi-pengundi pelbagai kaum dan kita boleh menang juga di kawasan majoriti pengundi Melayu.

“Namun begitu, saya mengakui bahawa misi ini tidak berjaya. Kita tidak mendapat sokongan pengundi Melayu yang tinggi walaupun ada dalam 20 atau 30 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Kebangsaan DAP 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Loke berkata, perkara itu menjadi cabaran besar kepada kepimpinan DAP dalam usaha menembusi tembok politik perkauman dan memperluas penerimaan parti dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kekalahan dalam pilihan raya tidak seharusnya menjadi penghalang kepada parti itu untuk terus bergerak ke hadapan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.