fb fb fb fb fb

Animasi ciptaan Malaysia diiktiraf di rantau Asia

KUALA LUMPUR, 8 Mei- Malaysia dilihat sebagai salah sebuah negara pengeluar kandungan animasi di rantau asia.

Ini berikutan syarikat-syarikat animasi negara kekal berdaya saing dan memberangsangkan di persada antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif KRU Entertainment, Datuk Norman Abdul Halim menyatakan kemajuan industri animasi negara merupakan satu pencapaian yang membanggakan sekali gus terus mengembangkan industri tersebut.

"Ini merupakan satu pencapaian yang baik memandangkan kita sudah mula proses latihan, pembangunan industri secara pada tahun 90an lagi dan saya yakin masa akan datang negara kita akan terus ke depan dan banyak lagi pakar-pakar animasi dilahirkan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta," kata Norman kepada RTM selepas menjadi tetamu Rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.


(Ketua Pegawai Eksekutif KRU Entertainment, Datuk Norman Abdul Halim ditemu bual media di RTM)

Tambahnya, kandungan animasi tempatan di platform YouTube setaraf antarabangsa.

Namun, animasi di pawagam pula agar terhad berikutan kekangan bajet.

Ini kerana bajet memberi impak kepada kualiti dan hasil filem animasi itu.

Media Baharu