fb fb fb fb fb

PM rai tetamu, pengunjung rumah terbuka Seri Perdana

(Majlis rumah terbuka ini dijangka akan tamat pada jam 4 petang ini)

PUTRAJAYA, 8 Mei- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meraikan ribuan tetamu dan pengunjung pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2022, di Seri Perdana di sini.

Majlis yang diadakan di kediaman rasmi perdana menteri itu merupakan yang kali pertama dihoskan Ismail Sabri selepas dilantik sebagai perdana menteri pada 20 Ogos 2021.

Lebih 5,000 pengunjung dianggarkan telah hadir pada majlis rumah terbuka itu, yang berkonsepkan suasana kampung selain dihidangkan juadah tradisi ala desa, setakat 10 pagi.

Ismail Sabri yang memakai baju melayu berwarna ‘maroon’ lengkap bersongkok dan bersampin itu tiba di khemah utama Laman Sari iaitu tapak majlis rumah terbuka itu berlangsung, pada pukul 10 pagi bersama isterinya Datin Seri Muhaini Zainal Abidin dan terus menyantuni para tetamu.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad turut menyantuni dan meraikan tetamu dan pengunjung di rumah terbuka dengan tema ‘Raya Keluarga Malaysia, Syawal Dirai, Nikmat Disyukuri’ itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama isterinya Datin Seri Muhaini Zainal Abidin tiba di kompleks Seri Perdana, di sini pada pukul 10 pagi, beramah mesra bersama Keluarga Malaysia yang hadir ke majlis berkenaan.


(Ismail Sabri yang memakai baju melayu berwarna ‘maroon’ lengkap bersongkok dan bersampin itu tiba
di khemah utama Laman Sari iaitu tapak majlis rumah terbuka itu berlangsung bersama isterinya Datin Seri Muhaini Zainal Abidin
dan terus menyantuni para tetamu)

Selain itu, Datuk Seri Ismail Sabri juga turut bersalaman dengan pengunjung yang hadir.

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri diawalkan dari jam 10 pagi ke 9.30 pagi berikutan orang ramai sudah mula beratur di hadapan Kompleks Seri Perdana sejak pukul 8 pagi tadi.

Selain itu, beberapa kanopi besar disediakan bagi memudahkan pengunjung menikmati juadah hari raya tanpa perlu beratur panjang.

Majlis Rumah Terbuka ini dijangka akan tamat pada jam 4 petang ini.









Media Baharu