fb fb fb fb fb

Angkasapuri Kota Media, era baharu penyiaran negara - Annuar

KUALA LUMPUR, 26 Oktober - Pembangunan Angkasapuri Kota Media merupakan permulaan kepada era baharu penyiaran negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata perubahan dalam dunia penyiaran pada masa kini menuntut pembangunan mercu tanda baharu sektor penyiaran itu dilaksanakan.

Katanya, pembangunannya juga wajar dilaksanakan memandangkan RTM sudah beroperasi lebih separuh abad di premis sedia ada yang memerlukan pengubahsuaian bangunan, infrastruktur dan sistem.

(Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa)

"Dengan suasana dan ekosistem bekerja yang lebih baik, dengan teknologi yang paling terkini serta segalanya yang baharu, setelah RTM direkayasakan ini ia akan menyemarakkan semangat kerja semua warga RTM untuk meningkatkan prestasi, untuk mempertinggikan lagi keupayaan dan keberkesanan kita mrelaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh kerajaan untuk disampaikan kepada rakyat," katanya ketika berucap pada majlis perasmian bangunan Media City yang disempurnakan Perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Angkasapuri.

Tambah Annuar, rekaan bangunan Media City diilhamkan daripada konsep 'keris dan tengkolok' bagi memartabatkan tradisi dan kebudayaan Melayu dan Malaysia agar seiring dengan kepesatan pemodenan dalam sektor penyiaran.

Media Baharu