fb fb fb fb fb

Angkara kejar lampu isyarat hijau, sebuah lori terbalik

Foto Ihsan Bomba

KUALA KEDAH, 19 Oktober- Sebuah lori yang dipandu terbalik selepas membelok gara-gara mengejar lampu isyarat hijau di Jalan Batas Paip, Taman Bersatu, di sini.
 
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11.00 pagi tadi itu menyebabkan tumpahan minyak diesel dan minyak enjin daripada lori terbabit.
 
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah dalam satu kenyataan memaklumkan lima anggota dari BBP Jalan Raja, Alor Setar bergegas ke lokasi sejurus menerima maklumat kemalangan itu.
 
Tindakan pembersihan dan pengalihan lori menggunakan kren digerakkan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas selain terhindar daripada kesan kemalangan.

Pengguna jalan raya dinasihat untuk berhati-hati ketika melalui lokasi kemalangan.


(Foto Ihsan Bomba)

Media Baharu