fb fb fb fb fb

Angka korban akibat banjir di Filipina meningkat kepada 13 orang

CLARIN, 28 Disember- Kematian akibat banjir di selatan Filipina kini meningkat kepada 13 orang.

Menurut pihak berkuasa, pencarian 23 orang lagi yang masih hilang diteruskan.

Rakaman oleh Pengawal Pantai Filipina pada Isnin menunjukkan penduduk dipindahkan dengan merentasi banjir pada paras pinggang di bandar Clarin, wilayah Misamis Occidental.

Ketua agensi bencana di Clarin, Carmelito Heray memaklumkan, operasi menyelamat diteruskan dan jumlah kerugian akibat bencana berkenaan belum diperoleh kerana masih dalam proses mengumpul maklumat.

(Penduduk dipindahkan merentasi banjir pada paras pinggang  / Foto REUTERS)

Kebanyakan kematian berpunca daripada lemas akibat banjir kilat selepas dua hari hujan lebat ketika penduduk sedang menyambut perayaan Krismas.

Kejadian itu memaksa lebih 45,000 penduduk terpaksa berlindung di pusat pemindahan sementara.-REUTERS

Media Baharu