fb fb fb fb fb

Pelaksanaan gaji minimum untuk majikan menggaji kurang lima pekerja ditangguhkan kepada Julai 2023

(V.Sivaku,ar/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 27 Disember- Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum RM1,500 sebulan bagi majikan yang menggajikan kurang daripada lima pekerja ditangguhkan kepada 1 Julai 2023.

Tarikh asal penguatkuasaannya, adalah pada 1 Januari tahun depan.

Kenyataan Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar memaklumkan, penangguhan tambahan setengah tahun dibuat selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan selain ramalan cabaran ekonomi dan kewangan pada 2023.

“Setelah mengambil kira kesediaan kategori majikan yang menggajikan pekerja kurang lima orang, kerajaan mengambil keputusan menangguhkan pelaksanaan kuat kuasa gaji minimum RM1,500 dari 1 Januari 2023 kepada 1 Julai 2023 di bawah kategori ini,” katanya.

(FOTO HIASAN/BERNAMA)

Dalam kenyataan sama, pihak terlibat juga diminta memanfaatkan penangguhan dengan menyelaras dan mengimbangi keperluan kewangan.

“Ini sedikit sebanyak akan membantu memulihkan kedudukan ekonomi syarikat-syarikat yang menggajikan kurang dari lima orang pekerja,” katanya.

Media Baharu