fb fb fb fb fb

Anggota JPJ cawangan Muar didakwa terima rasuah RM27,600

JOHOR BAHRU, 17 Ogos - Anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Muar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas empat pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM27,600 sejak 2016 hingga 2019.

Tertuduh, Ahmad Jamil Md Rasu, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi semua pertuduhan dihadapinya selepas dibaca jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

(Tertuduh tidak diwakili peguam dan kes dikendali Timbalan Pendakwa Raya SPRM,
Irwan Shah Abdul Samat mengikut Seksyen 17 (A) Akta SPRM 2009)

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu yang juga pembantu penguat kuasa JPJ Cawangan Muar didakwa menerima suapan wang RM6,000 pada 26 Januari hingga 25 Disember 2016 dan RM7,600 pada 30 Januari hingga 23 Disember 2017.

RM11,000 pula diterima pada 27 Januari hingga 26 Disember 2018 manakala RM3,000 pada 27 Januari hingga 24 Mac 2019.

Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin warga negara, serta perlu menyerahkan passport, dan melaporkan diri kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka, setiap bulan.

Tertuduh tidak diwakili peguam, manakala kes dikendali Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Irwan Shah Abdul Samat mengikut Seksyen 17 (A) Akta SPRM 2009.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi serahan dokumen dan lantikan peguam pada 20 September depan.

Media Baharu