fb fb fb fb fb

Anak muda Malaysia mampu bawa perubahan - Anwar

(Foto Anwar Ibrahim)

PERMATANG PAUH, 30 Jun- Anak muda mampu membawa perubahan dalam sistem pentadbiran negara dengan hanya menjauhi rasuah dan penyelewengan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keinginan tinggi anak muda Malaysia mampu membawa perubahan itu dalam memastikan ia bersih daripada amalan rasuah dan penyelewengan.

"Anak muda mesti membawa perubahan. Sebab itu tadi saya mula dengan bacaan ayat Al-Quran tentang upaya anak muda membawa perubahan. Bagaimana ada keupayaan, keyakinan, mahu keadaan itu lebih baik, keupayaan menolak sistem lama yang membawa kepada rasuah dan penyelewengan," katanya kepada pemberita dalam Program Qurban Perdana di Masjid Jamek Al–Qadri di sini.

Anwar berharap anak muda akan mengorak langkah baharu dan menjauhi elemen negatif dalam sama-sama membangunkan Malaysia menjadi negara yang lebih inklusif.

Beliau berharap perubahan itu akan berlaku kelak kerana ia membawa corak pentadbiran sistematik dengan keperluan dan kehendak anak muda dititikberatkan.

Dalam pada itu, Anwar juga berjanji akan menoktahkan kemiskinan tegar dalam masa terdekat dan berharap semua pihak memberikan kerjasama dalam memastikan objektif murni itu tercapai.


(Foto Anwar Ibrahim)

Media Baharu