fb fb fb fb fb

Bela nasib rakyat, harap pengundi Pulau Pinang undi Kerajaan Perpaduan - Anwar

(FOTO FB PM)

PERMATANG PAUH, 30 Jun - Pemilihan kerajaan yang betul penting dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela termasuk di Pulau Pinang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap rakyat dapat membuat pertimbangan dengan baik dalam memastikan kerajaan sedia ada di negeri itu terus kekal sekali gus dapat bersama-sama membangunkan negeri terutama dalam membela nasib rakyat.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

"Kalau kita hendak kerajaan negeri Pulau Pinang ini Kerajaan Perpaduan...supaya kita boleh sama-sama dengan Kerajaan Perpaduan Persekutuan kita boleh bangunkan terutama nasib orang melayu Pulau Pinang kita kena pertahankan.

"Saya sudah ambil keputusan 5,6 bulan yang lalu untuk hidupkan balik Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang bagi mempertahankan nasib orang Melayu di negeri ini untuk bantu kerajaan negeri dan Persekutuan supaya orang Melayu tidak terasa tersisih," katanya ketika berucap merasmikan program Qurban Perdana, di sini.

Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Kerajaan Perpaduan telah membuktikan keikhlasan untuk membantu orang Melayu dengan menandatangani satu perjanjian membabitkan Jaminan Kerajaan kepada FELDA untuk menstruktur semula pinjaman agensi itu melalui terbitan sukuk dan kredit pusingan dalam usaha memulihkan kedudukan kewangan FELDA.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan sebahagian besar penstrukturan semula pinjaman FELDA itu akan membabitkan pengurangan prinsipal hutang FELDA bersama institusi kewangan sebanyak RM7.9 bilion.

Media Baharu