Amirulfahmi, Rehan Yusuf dikebumikan dalam satu liang lahad

Allahyarham Amirulfahmi Wan Jusoh, 40 tahun dan anak lelakinya, Rehan Yusuf Amirulfahmi, sembilan tahun dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus

KUALA NERUS, 26 Ogos – Allahyarham Amirulfahmi Wan Jusoh, 40 tahun dan anak lelakinya, Rehan Yusuf Amirulfahmi, sembilan tahun, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pantai Tok Jembal, di sini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jenazah disembahyangkan di Masjid Jamek Pantai Tok Jembal sebelum dikebumikan sekitar pukul 2.30 petang.
  • Isteri dan kira-kira 300 ahli keluarga serta penduduk kampung mengiringi perjalanan terakhir.
  • Kedua-dua mangsa ditemui maut selepas dipercayai terperangkap di tingkat atas rumah dua tingkat keluarga.
  • Mangsa ditemukan dalam keadaan berpelukan; ibu mereka yang berada di tingkat bawah berjaya diselamatkan penduduk kampung.

Jenazah kedua-dua mangsa selamat dikebumikan pukul 2.30 petang, selepas disembahyangkan di Masjid Jamek Pantai Tok Jembal.

Turut mengiringi perjalanan terakhir kedua-dua mangsa adalah isteri Allahyarham, Nur Izzah Ahmad dan 300 ahli keluarga, sanak saudara, rakan taulan serta penduduk kampung.

Dalam kejadian awal pagi tadi, Allahyarham Amirulfahmi dan Rehan ditemukan maut selepas dipercayai terperangkap di tingkat atas rumah dua tingkat milik keluarga mereka di Kampung Tok Jembal.

Kedua-dua mangsa dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri dan ditemukan dalam keadaan berpelukan semasa terperangkap di tingkat atas rumah tersebut.

Bagaimanapun ibu mangsa, Maimunah Muda, 67 tahun yang berada di tingkat bawah rumah itu berjaya diselamatkan penduduk kampung.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.