fb fb fb fb fb

Aminuddin Harun tidak berhasrat pegang jawatan dalam menteri kabinet

Datuk Seri Aminuddin Harun

SEREMBAN, 14 Ogos- Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun tidak berhasrat untuk memegang jawatan sebagai menteri kabinet di peringkat kerajaan persekutuan, sebaliknya akan terus melaksanakan tugas demi kelangsungan ekonomi serta kesejahteraan rakyat di Negeri Sembilan.

Bagaimanapun setakat ini, beliau tidak menerima sebarang makluman berkenaan perkara itu dan beliau lebih selesa untuk terus kekal menerajui pentadbiran di negeri itu.

"...dan saya yakin prestasi ekonomi semakin baik, prestasi menteri-menteri agak meningkat. Dalam setahun memang kita nampak ada sedikit kelemahan tetapi dalam tempoh setahun juga kita nampak peningkatan amat membanggakan.

"...daripada segi ekonomi ringgit, eksport dan kita lihat ini merupakan satu petanda yang amat baik dan menyakinkan kepada pelabur luar," katanya.

Pada masa sama beliau turut memaklumkan Negeri Sembilan telah menunaikan 95 peratus manifesto Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan yang digariskan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) walaupun usia pemerintahan mencecah setahun.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan kerajaan akan melakukan rombakan Jemaah Menteri tidak lama lagi.

Kali terakhir jemaah menteri dirombak adalah pada Disember tahun lalu, iaitu bilangan menteri ditambah daripada 29 menteri kepada 31 menteri.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI