fb fb fb fb fb

Aminuddin ganti Anwar tanding di Port Dickson

PORT DICKSON, 22 Oktober- Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun akan menggantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu diumumkan Pengerusi PH yang juga Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada program Jelajah Harapan Negeri Sembilan di sini, malam tadi.

Anwar berkata, Aminuddin pada mulanya menolak tawaran itu kerana beban kerjanya sebagai menteri besar, tetapi beliau yakin Aminuddin mampu mempertahankan kerusi berkenaan.

“Saya fikir panjang, saya tidak mahu bebankan dia sebab dia sudah jadi Menteri Besar, saya hendak jelaskan dia tidak minta, malah dia rayu jangan bagi dia.

Anwar mengesahkan akan bertanding di Parlimen Tambun, Perak pada PRU15.

Beliau akan melepaskan kerusi Parlimen Port Dickson yang disandangnya ketika ini, selepas menang besar dengan majoriti 23,560 undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson pada Oktober 2018 yang menyaksikan pertandingan tujuh penjuru.

Anwar (kanan) mengumumkan Aminuddin sebagai calon PH bagi Parlimen Port Dickson

Terdahulu, Anwar berkata keputusannya bertanding di Tambun kerana turut mahu menawan kawasan lain di negeri berkenaan sekali gus memberikan nilai tambah kepada PH.

Media Baharu