fb fb fb fb fb

Lebih 30,000 pengunjung dijangka hadir ke program KRKM 'RIUH BENOR!'

(Program Kembara RIUH Keluarga Malaysia (KRKM) 'RIUH BENOR!' berlangsung selama tiga hari
di Bulatan Sultan Azlan Shah di Bandar Meru Raya Ipoh) 

IPOH, 22 Oktober - Lebih 30,000 pengunjung disasarkan menghadiri edisi kelima program Kembara RIUH Keluarga Malaysia (KRKM) 'RIUH BENOR!', yang berlangsung selama tiga hari di Bulatan Sultan Azlan Shah di Bandar Meru Raya Ipoh.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCreative Ventures, Junady Nawawi berkata, sasaran itu ditingkatkan berikutan sambutan yang amat memberangsangkan daripada pengunjung pada malam perasmian program berkenaan.

Jelas beliau, pihaknya sebelum ini menyasarkan 20,000 pengunjung selama tempoh acara itu berlangsung bagi membantu menyemarakkan lagi industri kreatif di negeri itu.

"Kami berharap usaha kami ni dapat mencapai tujuan dan matlamat untuk menjana dan menimbulkan suasana meriah suasana riuh jadi setakat ni lah kami Alhamdulilah berjaya mencapai matlamat dari segi menjana kepada vendor pengiat-pengiat dan artis-artis membuat persembahan di sepanjang kembara riuh," kata beliau ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian 'RIUH BENOR!', di sini.


(Ketua Pegawai Eksekutif MyCreative Ventures, Junady Nawawi ketika ditemu bual Berita RTM selepas 
Majlis Perasmian 'RIUH BENOR!' di Ipoh, Perak)

Tambah Junady, 'RIUH BENOR!' adalah permulaan kolaborasi dengan kerajaan negeri dan beberapa agensi tempatan Perak.

Program KRKM yang diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) melalui Kumpulan MyCreative (MyCreative) bertujuan memperkasa penggiat dan usahawan industri kreatif tempatan di seluruh negara dan menghubungkan komuniti kreatif dengan masyarakat, mencerminkan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam memulihkan industri kreatif susulan pandemik COVID-19.

Media Baharu