fb fb fb fb fb

AmBank (M) Berhad, KLFW sumbang RM50,000 kepada YTSP

KUALA LUMPUR, 25 Oktober- AmBank (M) Berhad dengan kerjasama Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) menyerahkan sumbangan RM50,000 kepada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis.

Menurut Pengarah Urusan Perbankan Runcit AmBank (M) Berhad, Aaron Loo, pihaknya telah melaksanakan inisiatif bersama kempen jualan amal dengan kerjasama Finn Anuar, dimana artis komik tempatan berkenaan telah mereka cipta dua kemeja-t "#iAmMalaysia" untuk AmBank yang menyerlahkan lagi gambaran kehidupan seharian masyarakat di Malaysia.


(Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis menerima sumbangan sebanyak RM50,000 dari Ambank dan KLFW)

Sejumlah RM50,000 daripada hasil jualan baju tersebut telah dikhaskan untuk menyokong Pusat Autism di bawah Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis yang akan memberikan sokongan kepada inisiatif di bawah Genius Kurnia, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menghadiri Majlis Persembahan mock cek oleh Pengarah Urusan Perbankan Runcit AmBank (M) Berhad, Aaron Loo dan Pengasas KLFW, Andrew Tan di Kuala Lumpur.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Media Baharu