fb fb fb fb fb

MIC sedia tukar kerusi demi kemenangan BN - Saravanan

KUALA LUMPUR, 25 Oktober - MIC bersedia untuk saling bertukar kerusi dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain, sekiranya parti berkenaan dilihat mempunyai peluang lebih cerah untuk menang di kerusi-kerusi terlibat pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Presidennya, Datuk Seri M. Saravanan berkata langkah itu untuk kebaikan bersama gabungan itu dan bagi membuktikan sifat positif yang diamalkan antara parti komponen BN.

(Datuk Seri M. Saravanan)

"Setakat ini kami telah mengenal pasti kerusi sedia ada dan sedang berbincang sekiranya ada ruang untuk menambah kerusi.

"MIC lebih relevan di mana apabila kita sedar mungkin parti komponen lain yang boleh menang, lebih cerah dari parti komponen lain kita sedia untuk bertukar dengan kerusi yang lain," katanya ketika ditemui pada rumah terbuka Deepavali di kediamannya di Bukit Damansara, semalam.

Tambah Saravanan, Presiden MIC, SA Vigneswaran akan mengumumkan kerusi yang akan ditandingi dalam PRU15 beserta calon yang akan mewakili mereka dalam masa terdekat.

Media Baharu