fb fb fb fb fb

Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri

KUALA LUMPUR, 16 Oktober- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di tujuh buah negeri sehingga pukul 12.00 tengah hari.

Menerusi laman sesawang MetMalaysia, amaran melibatkan seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Selain itu, amaran sama dikeluarkan untuk dua kawasan di Kelantan iaitu Jeli dan Kuala Krai.

(Amaran ribut petir dan hujan lebat di kawasan bertanda biru di
tujuh buah negeri sehingga pukul 12.00 tengah hari)

Kawasan lain yang terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron dan Rompin di Pahang.

Manakala di Johor melibatkan daerah Mersing.

Media Baharu