PETALING JAYA, 16 Januari - Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Sarawak: Kapit (Bukit Mabong dan Belaga) dan Miri (Telang Usan) hingga 3 pagi; Ahad, 16 Januari 2022.
"Terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam," menurut kenyataan yang dikeluarkan menerusi Facebook 'Malaysian Meteorological Department' hari ini.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.