fb fb fb fb fb

Amaran ribut petir di Terengganu, Pahang dan Johor - MetMalaysia

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 13 Disember-  Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pagi tadi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Terengganu, Pahang dan Johor sehingga 2.00 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya hari ini memaklumkan kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Terengganu, dijangka berlaku di Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Sementara di Pahang melibatkan Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin, manakala di Johor, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Segamat dan Mersing.


(INFOGRAFIK METMALAYSIA)

Media Baharu