fb fb fb fb fb

Rangkuman banjir di lima negeri

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 13 Disember- Setakat pukul 11.00 pagi, seramai 2,813 penduduk terjejas banjir daripada 850 keluarga ditempatkan di 23 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lima negeri.

Ia melibatkan Pahang, Perak, Terengganu, Kelantan dan Johor.

Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kelantan merekodkan jumlah penduduk terjejas tertinggi iaitu seramai 1,964 orang daripada 615 keluarga.

Mereka berlindung di tujuh PPS di Pasir Mas.

(FOTO FAIL)

Ini diikuti Pahang dengan 433 orang daripada 127 keluarga.

Kesemuanya ditempatkan di empat PPS melibatkan Temerloh, Bera dan Pekan.

Di Terengganu, 186 orang berada di enam PPS membabitkan Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Dungun, Kemaman dan Setiu.

Sementara itu, di Perak, 180 penduduk berlindung di empat PPS di Hilir Perak, Muallim dan Manjung.

Manakala, di Johor seramai 50 pendudk masih berada di dua PPS di Segamat.

Media Baharu