Amaran ribut petir di lapan negeri dan KL hingga 5 petang

Gambar hiasan/RTM

KUALA LUMPUR, 18 Mac- Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan lapan negeri dan Kuala Lumpur sehingga 5.00 petang ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perak: Kerian, Larut Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
  • Selangor dan Kuala Lumpur: Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling.
  • Johor: Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
  • Sabah dan Sarawak: Tambunan, Ranau dan Tawau; Sri Aman, Kapit dan Miri (Telang Usan).

METMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan cuaca berkenaan dijangka berlaku di Kedah melibatkan Kulim dan Bandar Baharu, Pulau Pinang (Seberang Perai Selatan), serta Perak merangkumi Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron serta Selangor meliputi Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling, selain Kuala Lumpur.

Di Johor, kawasan terjejas ialah Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Sri Aman, Kapit melibatkan Song dan Kapit, serta Miri (Telang Usan).

Sementara itu di Sabah, amaran melibatkan Pedalaman iaitu Tambunan, Pantai Barat (Ranau) serta Tawau.