
KUALA LUMPUR, 24 April -Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan bagi Kuala Lumpur, Putrajaya serta sembilan negeri lain hingga 12.00 tengah malam ini.
- MetMalaysia amaran bagi Kedah: Baling, Kulim, Bandar Baharu; Pulau Pinang; Perak termasuk Kerian, Larut Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung.
- Kelantan terjejas: Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai.
- Terengganu dan Pahang turut terlibat: Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu; Lipis, Raub, Jerantut, Bentong.
- Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak juga terlibat, disenaraikan kawasan termasuk Kuala Selangor, Klang, Seremban, Port Dickson dan Betong.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah Kedah melibatkan Baling, Kulim dan Bandar Baharu, Pulau Pinang serta Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Manjung).
” sama juga melibatkan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai), Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu) serta Pahang (Lipis, Raub, Jerantut dan Bentong),” menurut MetMalaysia.
Cuaca sama diramal di Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang) serta Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau).
Di Sarawak, amaran itu melibatkan kawasan Betong (Pusa dan Betong).