94 syarikat digantung, lesen dibatal gagal patuh peraturan KPDN

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam

KUALA LUMPUR, 24 April – Sebanyak 94 syarikat dikenakan tindakan penggantungan atau pembatalan Lesen Runcit Barang Kawalan Berjadual (CSA) oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) selepas gagal mematuhi syarat ditetapkan.

RINGKASAN BERITA AI
  • eCOSS dilaksanakan sejak bulan lalu untuk memantau rantaian bekalan minyak masak secara menyeluruh dari pengilang hingga pengguna.
  • Kerajaan tidak akan menyalurkan subsidi jika rantaian bekalan tidak lengkap atau gagal mematuhi sistem ditetapkan.
  • Kuota bagi 27 pemegang minyak masak di bawah eCOSS ditarik balik selepas gagal dalam audit pematuhan.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, dalam tempoh sama kuota bagi 27 pemegang minyak masak di bawah Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) turut ditarik balik selepas gagal dalam audit pematuhan.

“Pelaksanaan sistem eCOSS sejak bulan lalu membolehkan rantaian bekalan minyak masak dipantau secara menyeluruh, bermula daripada pengilang hingga ke pengguna.

“Kerajaan tidak akan menyalurkan subsidi sekiranya rantaian bekalan tidak lengkap atau gagal mematuhi sistem yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Pencapaian Penguatkuasaan Ops Tiris 2025 – Mac 2026 di sini pada Jumaat.