PETALING JAYA, 24 Jun- Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.
Ia dijangka berlaku di beberapa kawasan di Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan dan Sarawak sehingga pukul 1.00 tengah hari.
(Foto- FB MET Malaysia)
Di negeri Perak melibatkan kawasan Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Batang Padang.
Sementara itu, di Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Selangor (Kuala Langat dan Sepang), Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson).
Manakala Sarawak membabitkan Miri iaitu Subis dan Miri.