PETALING JAYA, 31 Januari - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka berlaku di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Menurut MetMalaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu dijangka berlaku dalam tempoh pukul 2 petang hingga 6 petang ini.
“Di Perak ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim manakala Selangor di Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.
"Negeri Sembilan pula melibatkan Jelebu, Seremban dan Port Dickson," katanya.
Jelas MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," tambah kenyataan itu.