fb fb fb fb fb

Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga 10 malam

Foto hiasan

PETALING JAYA, 6 Oktober - Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan enam negeri sehingga 10.00 malam ini.

MET Malaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca tersebut dijangka melibatkan beberapa kawasan di negeri Perak (Hulu Perak dan Kuala Kangsar), Kelantan dan Terengganu (Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman).

Keadaan sama turut dijangka di beberapa kawasan di negeri Pahang iaitu Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan.

Selain itu, di Sarawak melibatkan Kuching (Bau dan Kuching) dan Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Sandakan, Sabah.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran", menurut MET Malaysia.

ROSLINA BINTI DIN