fb fb fb fb fb

Amaran hujan tahap buruk di Pahang, Johor sehingga Ahad

Foto Hiasan / Fail

KUALA LUMPUR, 4 Januari - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Pahang dan Johor bermula hari ini sehingga Ahad.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan kawasan Pekan dan Rompin di Pahang, manakala di Johor membabitkan kawasan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku dalam tempoh yang sama melibatkan Kuantan di Pahang serta Batu Pahat dan Pontian, masing-masing di Johor.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN