fb fb fb fb fb

Amaran hujan berterusan di Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 19 Mac- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri berkuat kuasa hingga 20 Mac.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan memaklumkan hujan berterusan dijangka berlaku di Pahang melibatkan kawasan Kuantan, Pekan dan Rompin.

Keadaan sama dijangka berlaku di Johor iaitu di Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sementara itu di Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu.

Di Sabah pula melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Bagaimanapun orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca dan laman media sosial rasmi MetMalaysia.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian 1-300-22-1638 untuk maklumat lanjut.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI