fb fb fb fb fb

Aktiviti luar bilik darjah akan dibatalkan sekiranya IPU lebih 100

SEREMBAN, 18 April- Aktiviti luar darjah di semua sekolah akan dibatalkan sekiranya sesebuah kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying, pelajar diingatkan agar mengambil langkah berjaga jaga dengan memakai pelitup muka serta kurangkan aktiviti di bawah cahaya matahari ekoran cuaca yang panas pada masa kini.

"Kita mempunyai satu Tatacara pengendalian piawai (SOP) juga kalau itu indeks pencemar udara ke 100 dan ke atas dianggap tidak sihat kita memang  ada pekeliling kepada sekolah.

"Selagi IPU mencatatkan nilai 100 ke atas semua aktiviti luar mesti dibatalkan dan tidak dibenarkan melakukan apa-apa aktiviti di luar bilik darjah" beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Lawatan ke Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SJKC Kampung Baru Rahang.

Dalam pada itu, jika keadaan jerebu semakin buruk dengan bacaan IPU melebihi 200 tindakan penutupan sekolah akan dilaksanakan.

Ia berikutan laporan media baru-baru ini berkenaan beberapa kawasan yang menunjukkan bacaan IPU berada pada paras yang tidak sihat.

(Lim Hui Ying)

Media Baharu