fb fb fb fb fb

RM600,000 peruntukan diagih kepada tiga sekolah di Negeri Sembilan

SEREMBAN, 18 April- Sebanyak RM600,000 peruntukan diagih kepada tiga buah sekolah di Negeri Sembilan bagi program pembangunan dan penyelenggaraan sekolah terutama bagi perluasan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata peruntukan yang melibatkan tiga buah sekolah membabitkan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan Lobak, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) San Ming dan SJKC Kampung Baru Rahang bukan sahaja untuk memperluas program PPKI malah ia bagi menambah baik infrastruktur di sekolah berkenaan agar lebih kondusif untuk para pelajar.

"Bukan hanya untuk pendidikan khas untuk sekolah sebab sekolah ada seperti di SKJT Jalan Lobak mereka mempunyai masalah cerun yang akan menyebabkan takungan air di kawasan sekolah mereka.

"Keadaan lantai pun sudah tidak sesuai, lantai pun tidak rata jadi semua ini mereka akan  membuat penyelenggaraan," beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Lawatan ke Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SJKC Kampung Baru Rahang.

Dalam pada itu, rata rata guru sekolah yang ditemui memberikan respon positif terhadap peruntukan yang diberikan.

Menurut Guru Besar SJKT Jalan Lobak Jayathi A/P Subramaniam, "masalahnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang mengusahakan untuk menyelesaikan masalah yang timbul di sekolah ini.

"Dengan usaha Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Ngeri Sembilan (JPNS) kami dapat peruntukan untuk menyelesaikan masalah sekolah ini."

Bagi Guru Besar SJKC San Ming Gan Siok Har, "pihak sekolah berasa sangat bertuah kerana mendapat peruntukan yang besar.

"Jadi kami akan fokus kepada e-board untuk kelas pintar untuk Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) seterusnya arena bakat untuk mereka buat latihan persembahan jadi mereka memang berpotensi."

(Lim Hui Ying)

Media Baharu