fb fb fb fb fb

22 lokasi panas berlaku kemalangan dikesan JBPM Kelantan

KOTA BHARU, 18 April- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengesan 22 lokasi panas berlaku kemalangan di negeri itu pada musim perayaan Aidilfitri tahun ini.

Pengarah JBPM Kelantan, Zainal Madasin berkata, lokasi panas yang paling menjadi tumpuan pihaknya membabitkan kawasan di tiga daerah iaitu di Gua Musang, Kuala Krai dan Pasir Puteh.

Seramai 90 peratus daripada keseluruhan 640 pegawai serta anggota daripada 22 balai JBPM Kelantan akan menjalankan rondaan di lokasi terbabit sepanjang perayaan Aidilfitri.

langkah itu bagi memastikan masyarakat mendapat perkhidmatan yang cepat apabila berlaku kecemasan membabitkan kemalangan dan kebakaran.
 
Katanya, disebabkan keadaan kebakaran tanah gambut yang berlaku di Kelantan ketika ini, hanya 10 peratus sahaja cuti dibenarkan JBPM Kelantan berbanding 20 peratus cuti dibenarkan JBPM di negeri lain.

"Jadi kita punya anggota dan kenderaan kita akan berada di kawasan panas buat rondaan guna motosikal yang kita ada dan peralatan kita kita ada untuk elak kesesakan lalu lintas jentera yang besar kita gunakan motor yang ada kemudahan atau kenderaan atau kenderaan kecil dengan peralatan yang cukup kita bawa," beliau berkata demikian pada program menghapus bahaya kebakaran (MBK) dan Pelancaran Ops Raya Aidifitri Tahun 2023 JBPM Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Zainal berkata, bagi persediaan musim perayaan tahun ini, pihaknya juga memberi perhatian kepada kawasan-kawasan rekreasi tumpuan penggujung antaranya pantai dan air terjun bagi mengelakan berlakunya kejadian seperti lemas.  

(Zainal Madasin)

Media Baharu