fb fb fb fb fb

Aktiviti berkaitan Islam di Thailand perlu dilapor - Kedutaan Malaysia

Datuk Jojie Samuel

THAILAND, 19 Jun- Pejabat Kedutaan Malaysia di Thailand mengalu-alukan kerjasama dan aktiviti berkaitan agama Islam yang ingin dilaksanakan di negara itu oleh badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia tetapi ia perlu dilaporkan terlebih dahulu.

Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel berkata, langkah tersebut dapat membantu melancarkan aktiviti, menyalurkan bantuan dan dapat mengeratkan lagi hubungan kedua-dua buah negara.

"NGO yang ingin mengadakan upacara ziarah korban seperti ini, tetapi seperti mana yang dianjurkan oleh pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan ia perlu melalui Kedutaan Besar Malaysia supaya kita tahu.

"Mereka menantikan Aidiladha untuk meraikan bersama-sama dengan komuniti Islam. Sudah tentunya ibadah korban oleh organisasi dari Malaysia dapat mengeratkan lagi hubungan dan silaturahim antara kedua-dua negara," katanya dalam majlis sambutan Hari Raya Aidiladha di Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di sini malam tadi.

Sebanyak 12 ekor lembu korban disumbangkan dalam Program Ziarah Korban 2024 meraikan minoriti Islam di Bangkok dan Pattaya anjuran Masjid Muhammadi Angkasapuri dan Islamic Aid Malaysia yang diketuai oleh Ab. Wahid Ab Hamid.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI