fb fb fb fb fb

Malaysia dan China tandatangani 14 MoU

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China, Li Qiang menyaksikan upacara menandatangani 14 MoU antara kdeua-dua negara hari ini di Putrajaya/ Foto BERNAMa

PUTRAJAYA, 19 Jun-Sebanyak 14 memorandum persefahaman, perjanjian (MoU/MoA), protokol dan kenyataan bersama melibatkan sembilan kementerian telah bertukar antara Malaysia dan China hari ini.

Majlis berkenaan turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China Li Qiang.

Pertukaran dokumen berlangsung sempena lawatan rasmi Li yang pertama ke Malaysia sebagai Perdana Menteri China.

Sembilan kementerian terbabit ialah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI); Kewangan; Pertanian dan Keselamatan Makanan; Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Hal Ehwal Dalam Negeri; Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI); Pengajian Tinggi (KPT); Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan; dan Komunikasi.

Selain MoU, Malaysia dan China juga memeterai kitaran kedua program lima tahun Malaysia-China untuk kerjasama ekonomi dan perdagangan bagi memperkukuhkan lagi hubungan antara industri dalam sektor keutamaan seperti pembuatan peringkat tinggi dan ekonomi digital.

Program itu juga akan mengeratkan kerjasama dalam robotik, pembangunan usahawan, inovasi dan permulaan, serta penyelidikan dan pembangunan dalam pertanian dan industri utama.

Terdahulu, kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan tertutup bagi membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD