(FOTO FAIL/BERNAMA)
KUALA LUMPUR, 19 Jun - Satu Akta Omnibus akan dibentangkan bagi memudahkan urusan perkongsian data antara kementerian selain menjamin keselamatan perkongsian data peribadi menerusi Pangkalan Data Utama (PADU).
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, akta itu juga bagi memastikan integrasi data antara kementerian dapat dilaksana tanpa perlu meminda akta berasingan.
"Sebab itu kerajaan akan membentangkan Akta Omnibus mengenai keselamatan data dan perkongsian data yang meliputi semua agensi kerajaan terlibat supaya kita tidak perlu meminda setiap akta terbabit di setiap perkonsgian data jabatan kerajaan.
"Akta omnibus ini bukan sahaja bagi memastikan perkongsian data ini satu kewajipan yang akan berlaku dengan baik ia juga memastikan proses perkongsian data itu akan berterusan mengikut undang-undang demi menjamin padu iini akan kekal sebagai pengkaln data kerajaan yang berterusan," kata Rafizi menjawab soalan tambahan Senator Aknan Ehtook, dalam sidang Dewan Negara hari ini.
(Rafizi Ramli/FOTO BERNAMA)
Tambahnya, langkah itu bagi memperkemas pelaksanaan PADU daripada aspek keselamatan perkongsian data antara jabatan dan kementerian.
PADU menyediakan ekosistem butiran data berkaitan pendapatan isi rumah dengan gabungan maklumat daripada pangkalan data sosial dan kebajikan seperti eKasih dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).