fb fb fb fb fb

Replika Kapal Mendam Berahi kembalikan sejarah tamadun Melayu

AYER KEROH, 19 Jun- Melaka memohon pertimbangan sewajarnya daripada kementerian terlibat untuk membangunkan replika Kapal Mendam Berahi di negeri itu.

Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya, Datuk Zaidi Atan berkata apabila siap, kapal itu bukan hanya dapat mengembalikan kegemilangan sejarah Tamadun Melayu, malah berupaya dikomersialkan menerusi sektor pelancongan.

Lokasi pembinaan kapal itu akan dibina di kawasan Klebang sebagai langkah strategik merancakkan sektor pelancongan di kawasan terbabit.

"Minta pertimbangan sewajarnya daripada ibu pejabat untuk membangunkan semula Kapal Mendam Berahi berasaskan daripada dapatan yang terakhir pada seminar ini. Jadi keputusannya dilaksanakan pada tahun hadapan, cadangannya adalah di beberapa tempat antara antara keutamaannya di Klebang bersebelahan muzium," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Seminar “Kapal Mendam Berahi” Realiti atau Mitos yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini.

Perasmian disempurnakan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam.

Selain itu, kerajaan negeri juga berhasrat memperkenalkan pakej baharu muzium yang meliputi pas masuk bagi kesemua muzium di negeri itu, sebagai tarikan baharu pelancongan sempena Tahun Melawat Melaka 2024.


(Lokasi pembinaan kapal itu akan dibina di kawasan Klebang sebagai langkah
strategik merancakkan sektor pelancongan di kawasan terbabit)

Media Baharu