fb fb fb fb fb

KPM proaktif selesai isu bangunan sekolah daif

KUALA LUMPUR, 19 Jun- Analisis Skor Gred Impak menjadi penanda aras Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menaik taraf atau membina bangunan gantian mengikut keperluan.

Keutamaan diberikan kepada bangunan sekolah yang berskala 6 dan 7 yang telah disahkan tidak selamat oleh pihak teknikal Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Jabatan Kerja Raya (JKR).

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata skor tersebut juga dapat menentukan tahap keadaan kompenan atau fasiliti bangunan. 

"Pembinaan bangunan gantian ini akan dilaksanakan secara berfasa melalui peruntukan diluluskan agensi pusat bagi setiap 'rolling plan' dalam Rancangan Malaysia lima tahun.

"Selain itu, bagi memastikan projek pembinaan baru bangunan gantian atau menaik taraf sekolah yang mempunyai bangunan daif dapat dilaksanakan dengan lancar, KPM dengan kerjasama JPN akan menyemak dan memastikan setiap projek dirancang mematuhi kriteria ditetapkan iaitu tapak sekolah sedia ada mempunyai keluasan tapak mencukupi dan bebas daripada bebanan, mempunyai dokumen daripada JKR bagi bangunan daif yang terlibat dan tanah telah sempurna milik kerajaan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh agensi pusat," katanya kepada pemberita di sini.


(Pembinaan bangunan gantian ini akan dilaksanakan secara berfasa melalui
peruntukan diluluskan agensi pusat bagi setiap 'rolling plan' dalam
Rancangan Malaysia 5 tahun)

Media Baharu