fb fb fb fb fb

AKPK terima lebih 1.3 juta orang dapatkan khidmat PPK

FOTO HIASAN

KUALA TERENGGANU, 6 Mac - Lebih 1.3 juta individu mendapat khidmat nasihat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), sejak penubuhannya tahun 2006 hingga Disember 2023 menerusi Program Pengurusan Kredit (PPK).

Daripada jumlah itu, dengan tempoh maksimum 10 tahun penyertaan dalam PPK lebih 470,000 individu telah mendaftar ke program tersebut, melibatkan sekitar RM2.8 bilion tunggakan berjaya diselesaikan.

Ketua Pegawai Eksekutif AKPK Azaddin Ngah Tasir berkata, agensi itu sentiasa proaktif membantu meningkatkan keupayaan mengurus kewangan secara berkesan.

Terdapat tiga program yang disusun iaitu memberi khidmat pembelajaran, khidmat nasihat kewangan dan perkhidmatan pengurusan kredit.

Golongan yang berusia antara 30 hingga 50 tahun antara paling ramai dibantu AKPK untuk menstrukturkan semula pinjaman mereka sehingga berupaya mengawal semula kedudukan kewangan masing-masing.

"Ilmu ini perlu mendalami lebih baik lagi, kerana pada masa sekarang cabarannya banyak, terutama daripada segi beli sekarang bayar kemudia (buy now pay latter). Kemudian skim-skim pembayaran, skim yang lebih kompleks, jadi perlu ilmu perlu mengetahui apa tanggungjawab kita nak sebagai pengguna dan masyarakat," kata Azaddin kepada pemberita ketika kunjung hormat dan berbincangan kerjasama antara AKPK dan Jabatan Penyiaran Terengganu yang turut disertai Pengarah Penyiaran negeri, Sabri Mansor.

Individu yang mempunyai kekangan seperti pembayaran balik pinjaman atau memerlukan nasihat kewangan boleh hadir ke 11 cawangan AKPK di seluruh negara.

TETITIA YUSOFF