KUALA LUMPUR, 6 Mac - Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Kerja Sosial dicadangkan bakal dibawa ke parlimen tahun ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri menjelaskan ketika ini, draf berkaitan RUU itu telah di kemukakan bagi tujuan semakan di peringkat Jabatan Peguam Negara pada 2021.
Bagaimanapun menurut Nancy, terdapat beberapa isu melibatkan undang-undang dan dasar yang perlu di teliti dan diperhalusi semula untuk di muktamadkan sebelum tindakan selanjutnya dapat di selaraskan.
"Merujuk kepada pertanyaan berhubung sebuah badan badan bebas untuk mengawal selia profesion, perkara ini sememangnya telah dicadang dan dimasukan oleh KPWKM dalam draf asal RUU Profesion Kerja Sosial tersebut.
"Entiti itu nanti dihasratkan sebagai sebuah badan bebas untuk mengawal selia pekerja sosial merangkumi pendaftaran dan perakuan amalan pekerja sosial berdaftar serta penetapan pematuhan piawaian dan pendidikan kerja sosial", katanya ketika menjawab soalan tambahan wakil Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen yang ingin mengetahui tindakan kerajaan bagi membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Kerja Sosial pada sidang Parlimen akan datang.