KUALA LUMPUR, 19 November – Empat negeri direkodkan mencatat paras air sungai melebihi aras amaran setakat pagi ini, menurut laman sesawang Public Info Banjir.
Negeri yang terlibat ialah Sarawak, Kedah, Pahang dan Melaka yang menunjukkan trend kenaikan paras air
Di Sarawak, Long Teru di Miri merekodkan paras 7.44 meter pada 10.15 pagi, iaitu 0.44 meter melepasi tahap amaran 7 meter, dengan trend air dilaporkan menaik.
Di Kedah, Sungai Titi Kerbau di Kubur Panjang, Pendang mencatat bacaan 3.83 meter pada 9.45 pagi, melebihi aras amaran 3.7 meter sebanyak 0.13 meter, turut menunjukkan trend peningkatan.
Di Pahang, Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran meningkat kepada 26.36 meter pada 9.45 pagi, iaitu 0.36 meter melepasi aras amaran 26 meter dengan trend air terus menaik.
Di Melaka, Sungai Siput di Kampung Sungai Siput, Alor Gajah mencatat paras 7.73 meter pada 9.15 pagi, melebihi aras amaran sebanyak 0.23 meter.