fb fb fb fb fb

Kerajaan kaji SSPA, tambah baik skim gaji polis, badan beruniform

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah

KUALA LUMPUR, 6 Mac- Kerajaan kini sedang menyelaras kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dalam menambah baik struktur gaji, elaun dan kemudahan bagi semua penjawat awam termasuk anggota polis dan badan beruniform.

Bagaimanapun kajian berkenaan perkara itu dijangka selesai tahun depan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, kajian tersebut dibuat mengikut kesesuaian dengan mengambil kira kos sara hidup semasa.

Selain itu gaji pokok yang diterima oleh anggota polis bukanlah satu amaun statik malah turut menerima bayaran insentif elaun mengikut bidang penugasan dan penempatan masing-masing.

Antaranya melibatkan bayaran insentif teknikal, bayaran insentif penyelenggara kapal udara berlesen dan bayaran insentif juruterbang.

"Kementerian sentiasa menyemak emolumen dan serta kemudahan anggota keselamatan penguatkuasa termasuk polis bagi memastikan kebajikan mereka terpelihara.

"Kerajaan telah mengemas kini struktur gaji dan skim perkhidmatan polis pada tahun 2016 bawah skim Polis Diraja Malaysia (PDRM). Skop gaji ditambah baik berdasarkan dengan skim-skim perkhidmatan uniform yang lain," katanya ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Pendang Datuk Awang Hashim berkenaan pertimbangan kadar gaji baharu anggota polis berikutan gaji semasa tidak kompetitif dengan keadaan ekonomi selain tidak sepadan dengan tanggungjawab dan peranannya.
 

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI