fb fb fb fb fb

Akaun FB palsu 'Fadillah Yusof' sekali lagi digunakan

Foto Facebook Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR, 5 September - Akaun Facebook yang menggunakan gambar profil Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dengan nama ‘Fadillah Yusof’ atau username ‘@fadillah.yusof.2024’ merupakan akaun palsu.

Fadillah berkata, akaun palsu direka pihak tidak bertanggungjawab dan laporan telah dibuat kepada pihak Facebook untuk tindakan lanjut.

"Akaun Facebook ‘Fadillah Yusof’ yang menggunakan gambar profil saya bukan akaun milik saya. Mohon abaikan mesej-mesej yang dihantar menerusi akaun berkenaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya.

Beliau turut memaklumkan akaun rasmi Facebooknya adalah pada pautan https://www.facebook.com/fadillahyusof194?mibextid=ZbWKwL , manakala akaun Facebook peribadi di pautan https://www.facebook.com/fadillah.yusof?mibextid=ZbWKwL.

Pada 20 November tahun lepas, Fadillah mengesahkan terdapat individu cuba melakukan penipuan dengan menggunakan gambar profil beliau untuk mewujudkan WhatsApp, Telegram serta Facebook palsu, sementara pada 25 Dis 2023, satu akaun palsu di Facebook dikesan menggunakan gambar profil beliau dengan nama 'Haji Fadillah Yusuf'.

TETITIA YUSOFF