fb fb fb fb fb

Ops Viral: KPDN keluar 11 kompaun

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 5 September - Kira-kira 11 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan menerusi Ops Viral di 19 buah kedai runcit sekitar Kampung Segambut Dalam, di sini.

Timbalan Pengawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur Nurul Syarina Md Anuar dalam kenyataan berkata, kesalahan termasuk tiada tanda harga dan penimbang tidak ditentusahkan.

"Dianggarkan RM3,300 jumlah sitaan selain peniaga dikesan melakukan kesalahan bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta723) kerana menjual harga terkawal melebihi harga ditetapkan," katanya.

Kes turut disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menjual gas petroleum cecair (LPG) secara runcit tanpa lesen sah.

Operasi melibatkan 60 anggota penguatkuasa dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

Turut dikesan adalah premis tamat tempoh selain diuruskan warga asing.

TETITIA YUSOFF