fb fb fb fb fb

Akademi Daei Muda YADIM, lahirkan pendakwah cekap teknologi

PUTRAJAYA, 16 Ogos- Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menganjurkan Program Akademi Daie Muda YADIM buat tahun keempat dalam melahirkan ikon yang dapat menjadi
contoh tauladan kepada masyarakat serta anak muda.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, beliau mahukan peserta Akademi Daie untuk aktif di media sosial bagi menjadi benteng menepis pelbagai serangan pemikiran oleh pihak-pihak yang ingin merosakkan anak muda dan menjauhkan mereka dari ajaran Islam yang sebenar.


(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad
ketika di Majlis Watikah Pelantikan Akademi Daie Muda YADIM 2022 di sini)

"Kita tidak lari dari pendekatan secara konvensional kita tetap ada dengan cara fizikal, dan sebab itu tadi saya menekankan dalam aspek pengisian pengisian di dalam medsos sepertimana Tiktok, Instagram, Facebook dan sebagainya yang perlu di upskill kan supaya dakwah ini sentiasa segar dan akan dapat masuk ke semua smartphone smartphone masyarakat yang berada di negara ini," katanya setelah menyerahkan watikah pelantikan Akademi Daie Muda YADIM 2022 di sini.

Katanya lagi, melalui program ini berpeluang melahirkan daie yang bukan sahaja mahir berkomunikasi dan berdakwah malah kaya dengan ilmu agama dan kreatif dalam berdakwah di lapangan mengikut peredaran zaman.

Seramai 28 orang daripada 300 orang telah dipilih menjadi pelatih di Akademi Daie Muda Yadim kali ini.

Media Baharu