fb fb fb fb fb

AirAsia Group Bhd kepada Capital A Bhd

KUALA LUMPUR, 6 Januari - AirAsia Group Bhd akan membentangkan cadangan pertukaran nama syarikat kepada Capital A Bhd, pada Mesyuarat Agung Luar Biasa 27 Januari ini.

Perubahan nama itu bertujuan memberi identiti korporat baharu dengan gambaran lebih jelas mengenai perniagaan teras kumpulan dan usaha masa depan syarikat tersebut.

Ia seiring transformasi pesat AirAsia yang telah berkembang daripada syarikat penerbangan kepada syarikat yang menawarkan perkhidmatan perjalanan digital dan gaya hidup.

Lembaga pengarah AirAsia turut berpendapat, langkah itu demi kepentingan terbaik syarikat.

Cadangan nama baharu itu telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan dikhaskan kepada syarikat itu pada 28 Disember 2021.

Jika diluluskan pemegang saham, ia akan berkuat kuasa dari tarikh pengeluaran Notis Pendaftaran Nama Baharu oleh SSM kepada syarikat.

 

Media Baharu