fb fb fb fb fb

Perkembangan terkini situasi banjir dalam negara - InfoBencanaJKM

KUALA LUMPUR, 6 Januari - Ketika ini jumlah penduduk terjejas yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan 6 negeri berjumlah 9,343 berbanding 10,65 orang malam tadi.

Di Johor jumlah penduduk terjejas banjir mencatatan angka tertinggi berbanding 5 negeri lain.

Sebanyak 72 PPS masih dibuka yang menempatkan 4,805 penduduk daripada 1,290 keluarga.

Antara PPS yang masih beroperasi ialah Dewan Serbaguna Jalan Genuang Segamat, Balairaya Kg. Paya Lebar Segamat dan Dewan Serbaguna Kg Balai Badang Segamat.

Diikuti Sabah sebanyak 23 PPS masih dibuka yang menempatkan 2,729 penduduk daripada 1,111 keluarga.

PPS yang masih beroperasi ialah SK Teritipan Kota Marudu, SMK Pamol Beluran dan Mini Dewan Kg Bakong-bakong Telupid.

Sementara itu di Pahang sebanyak 19 PPS masih dibuka yang menempatkan 803 penduduk terjejas banjir daripada 239 keluarga.

PPS terlibat ialah di SK Temai Pekan, SK Lanchang Temerloh, Balairaya Kampung Pasal Bera dan SK Keratong 1 Rompin.

Di Negeri Sembilan sebanyak 5 PPS masih dibuka yang menempatkan 506 penduduk daripada 124 keluarga manakala di Melaka 5 PPS masih dibuka.

PPS itu menempatkan 463 individu yang melibatkan 126 keluarga. 

Di Selangor pula hanya 2 PPS yang masih dibuka menempatkan 40 penduduk terjejas banjir daripada 12 keluarga.

Antara PPS terlibat ialah Balairaya MPKK Banting Kuala Langat dan Dewan Orang Ramai Kampung Kelanang Kuala Langat.

Media Baharu