fb fb fb fb fb

Aidilfitri: UTM sedia 17 bas untuk pelajar balik kampung

JOHOR BAHRU, 19 April- Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai Johor Bahru mengambil inisiatif menyediakan 17 buah bas bagi menghantar pulang 650 pelajar ke kampung halaman masing-masing, bersempena Aidilfitri.

Ini kali keempat UTM melaksanakan inisiatif tersebut bagi menyantuni pelajarnya, terutama yang kurang berkemampuan untuk pulang menyambut hari raya.

Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar (JTNCHEP), Prof Madya Dr Azlan Abdul Latib berkata penghantaran melibatkan tiga bas milik UTM dan selebihnya menggunakan perkhidmatan luar.

Inisiatif turut mendapat kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bersama UTM Fleet; Persatuan Anak Negeri UTM; Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA); Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) dan Sekretariat Mahasiswa Negeri Sembilan (SEMANIS).

"Sebenarnya kita sudah melaksanakan program jom balik ini semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi, sebab kita ada juga program pulang sewaktu PKP dan juga pulang berhari raya. Mulai esok mana-mana kelas yang berbaki kita akan laksanakan secara dalam talian," katanya.

(Prof Madya Dr Azlan Abdul Latib)

Beliau ditemui semasa penghantaran pulang pelajar berkenaan, di sini malam tadi.

Media Baharu