fb fb fb fb fb

Aidilfitri: Kadar penggunaan air terawat di Kedah meningkat sebanyak 30%

ALOR SETAR, 4 Mei - Kadar penggunaan air terawat di Kedah meningkat sebanyak 30% atau 250 juta liter sehari (MLD) berbanding kadar penggunaan harian 780 MLD berikutan pertambahan penggunaan perantau yang pulang berhari raya.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Noor berkata peningkatan kadar penggunaan tersebut menyebabkan berlaku gangguan bekalan di kawasan yang terletak di hujung saluran dan bertekanan rendah.

(Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor)

Bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh pengguna, SADA telah mengambil langkah mewujudkan lima pelan kontingensi.

Mewujudkan Pusat Khidmat Setempat PKS di 12 lokasi dengan menempatkan 280 lori tangki dan statik bagi menyantuni aduan penduduk setempat dalamjangka masa yang singkat.

"Kawasan tertinggi aduan ialah PKS Ayer Hitam dan Tanjung Dawai.

"Membuka Bilik Gerakan Ibu Pejabat (BGIP) dengan penghantaran segera lori tangki ke lokasi penduduk yang mengalami masalah tiada air dan tekanan air
rendah," kata Muhammad Sanusi kepada wartawan di sini.

Pusat Informasi SADA (SIC) turut dibuka bagi memaksimumkan penerimaan aduan daripada pengguna melalui talian 1300 88 0017.

Akhir sekali 71 buah lori tangki berkapasiti rendah dengan anggaran kapasiti.

800 hingga 1,200 gelen ditempatkan di kawasan yang terjejas.

Katanya masalah gangguan bekalan air di Kedah dijangka selesai apabila siapnya projek menaik taraf lima Loji Rawatan Air di Pelubang, Kubang Pasu; Jenun Baru, Pendang; Sungai Limau, Baling; Bukit Selambau, Kuala Muda dan Lubuk Buntar Lama, Bandar Baharu dalam tempoh tiga tahun lagi.

Media Baharu