fb fb fb fb fb

Kos ibadah haji: Jemaah sambut baik, akui berpatutan

KOTA BHARU, 5 Mei- Pengenalan dua kategori bayaran bagi ibadah haji secara muasasah disambut baik bakal jemaah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata kebanyakan jemaah menyifatkan peningkatan bayaran itu berpatutan dan tidak membebankan mereka.

"Alhamdulillah, setelah kerajaan mengumumkan kaedah bayaran untuk B40 dan bukan B40, rakyat menyambut baik, kerana peningkatan itu tidak membebankan mereka, kerana sejak sekian lama tidak pernah ada peningkatan kos, dan peningkatan kos ini bukan satu perkara yang dalam kawalan kerajaan, ianya kerana bergantung kepada ' actual' kos atau kos sebenar pengurusan ibadat haji di tanah suci," katanya.

Beliau di temui media pada Rumah Terbuka Ahli Parlimen Pengkalan Chepa di Pengakalan Chepa, Kota Bharu.

Lembaga Tabung Haji (TH) sebelum ini memperkenalkan dua kategori kadar bayaran bagi jemaah haji muassasah yang pertama kali mengerjakan haji bermula tahun ini.

Bagi jemaah daripada golongan B40, mereka perlu membayar RM10,980 manakala tambahan RM2,000 untuk jemaah lain.


(GAMBAR FAIL)

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk berkata semua bakal jemaah haji yang terpilih mengerjakan ibadah haji tahun ini juga sudah dimaklumkan.

Mereka telah di minta untuk memberi maklum balas dalam tempoh tertentu selain mengemukakan laporan kesihatan masing-masing.

Di jangkakan semua proses pengurusan keperluan jemaah terlibat termasuk maklum balas kepada mereka yang membuat rayuan akan selesai dalam tempoh terdekat.

Media Baharu