fb fb fb fb fb

Anjakan jadual pastikan kutipan sisa pepejal berjalan lancar pada musim perayaan

SEREMBAN, 4 Mei - SWM Environment Sdn. Bhd. bakal melaksanakan anjakan jadual kutipan sisa pepejal di dua lokaliti dalam Pelan Strategi Operasi Bersempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Ia bagi memastikan operasi perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam di 287 lokasi tumpuan di sekitar Negeri Sembilan berjalan lancar terutama pada tiga hari pertama perayaan Aidilfitri.

Demikian dinyatakan Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru negeri, Teo Kok Seong.

(Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru negeri, Teo Kok Seong)

"Pesanan juga telah dikeluarkan agar tidak letak halangan di laluan kutipan sisa pepejal atau berhampiran tong sampah, termasuk tong sisa barangan kitar semula," kata beliau kepada wartawan di sini.

Operasi bakal melibatkan 1,134 anggota kerja serta 165 kenderaan dan jentera.

Media Baharu