fb fb fb fb fb

Aidilfitri, 300 pelajar sekolah di Terengganu dapat bantuan

HULU TERENGGANU, 6 April- Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan berkenan mengurniakan bantuan kepada 300 pelajar sekolah.

Mereka terdiri daripada golongan fakir miskin dan yatim piatu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di sini.

Keberangkatan baginda diiringi kekanda dan adindanya, Tengku Nadhirah Zahrah, Tengku Muhammad Mua’az dan Tengku Fatimatuz Zahra’.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Isteri, To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman.

Pelajar yang terpilih melibatkan dua daerah iaitu Marang dan Hulu Terengganu, membabitkan 93 buah sekolah rendah dan menengah.

Pelajar yang terpilih menerima kurniaan berupa wang tunai sebanyak RM200 setiap seorang, selain pakaian Hari Raya Aidilfitri dan kurma.


(Pelajar yang terpilih melibatkan dua daerah iaitu Marang dan Hulu Terengganu,
membabitkan 93 buah sekolah rendah dan menengah)

Media Baharu